KARISMA (Kerohanian Islam Mahasiswa) adalah sebuah lembaga Kerohanian Islam Tingkat Fakultas di Fakultas Ilmu Keolahragaan Universitas Negeri Semarang.
KARISMA merupakan sebuah UKM Kerohanian Islam yang bertanggung jawab sebagai fungsi untuk mensyiarkan islam di FIK Unnes
PUASA SUNAT (HARI 'ARAFAH) Bolehkah hari ‘Arafah? Apa dalil bagi kelebihan puasa hari ‘Arafah?
Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik
sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling
banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari
hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim). Adapun disunatkan berpuasa pada
hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang
menceritakan; Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda
bersabda; “(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang
akan datang” (Riwayat Imam Muslim).
Adakah sunat berpuasa pada hari ‘Arafah itu ada pengecualian?
Ya. Dikecualikan dari jamaah haji. Mereka tidak disunatkan berpuasa
pada hari tersebut sebagai mencontohi Nabi s.a.w. dan juga untuk
menjaga kekuatan bagi memperbanyakkan berdoa pada hari itu. Maimunah
isteri Rasulullah s.a.w. menceritakan; orang ramai ragu-ragu apakah
Rasulullah s.a.w. berpuasa atau tidak pada hari ‘Arafah. Lalu ia (yakni
Maimunah) menghantar kepada baginda satu bekas berisi susu tatkala
baginda sedang berwukuf di Padang ‘Arafah itu. Lalu baginda meminum susu
tersebut dengan dilihat oleh orang ramai kepadanya (Riwayat Imam
Muslim). Malah terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang
diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah
dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”
(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim). -----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hari Arafah merupakan hari yang mempunyai kelebihan tersendiri. Jika
para jemaah haji diwajibkan berada di padang Arafah untuk wuquf di sana,
kita yang tidak berkesempatan untuk menunaikan haji dianjurkan untuk
berpuasa pada hari ini. Kedatangannya setahun sekali ini janganlah
disia-siakan. Kita juga dianjurkan untuk berzikir dan berdoa kepada
Allah pada hari ini. Di sini dipetik beberapa buah hadis untuk renungan
kita bersama. Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W
telah ditanya mengenai puasa hari Arafah? maka jawab Rasulullah S.A.W
yang artinya : Dikaffarah(ampun dosa) setahun lalu dan setahun akan
datang. - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh imam Muslim, Tarmizi, Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi – Daripada Sayyidatina ‘Aisyah telah berkata : Tiada dari hari dalam setahun aku berpuasa lebih aku gemari daripada hari Arafah. - Hadis isnad sohih dikeluarkan oleh Ibnu Abu Syaibah dan Baihaqi-
Daripada Anas bin Malik telah berkata : Adalah dikatakan pada hari-hari
sepuluh setiap hari(menyamai) seribu hari, hari Arafah(menyamai)
sepuluh ribu. ….Telah berkata imam Baihaqi yaitu pada kelebihan. - Hadis isnad hasan dikeluarkan oleh imam Baihaqi dan disebut oleh imam Sayuti-
Semoga amalan kita bertambah dari tahun yang telah lalu dan dosa kita
diampunkan oleh Allah. Gunakanlah segala peluang yang ada demi menambah
lagi bekal akhirat kita sebelum bertemu Allah di hari yang tidak ada
pertolongan lain selain mereka yang menemuiNya dalam keadaan hati yang
bersih dan selamat daripada kekotoran dosa dan noda.
0 komentar:
Posting Komentar